Friday, 25 May 2012

Nota Kerja paip


OBJEKTIF
üMengenalpasti sistem bekalan air dirumah
üMengenalpasti jenis paip, penyambung paip dan bahan penyambungan paip
üMengenalpasti jenis alatan tangan paip
üMengenalpasti jenis dan fungsi perangkap

PENGENALAN SISTEM BEKALAN AIR DI RUMAH
Sistem Terus
Membekalkan air terus dari meter air melalui paip perkhidmatan ke semua pili, bilik air dan tandas
Sistem Tidak Terus
Membekalkan air ke tangki simpanan dan ke pili dapur sahaja



PAIP DAN FUNGSINYA
Paip limpah
Menyalur air keluar dari tangki simpanan sekiranya berlaku kerosakan pada injap bebola
Paip cuci
Menyalur air keluar dari tangki simpanan sekiranya kerja-kerja pembersihan dilakukan

Paip agihan

Mengagihkan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan seperti sink dan alat 
mandian hujan

Paip perkhidmatan

Menyalurkan bekalan air dari meter ke pili dapur

Paip perhubungan dari paip utama

Menghubungkan paip utama dengan meter

Paip perkhidmatan

Menyalurkan bekalan air dari meter ke tangki simpanan air


TANGKI SIMPANAN AIR




Berfungsi untuk menakung air sebelum diagihkan
Biasanya terletak di atas siling.
Diperbuat daripada kepingan besi galvani, gentian kaca atau poli (HDPE) 
















No comments:

Post a Comment